February 2, 2013

~Lulur Beras~

Assalamualaikum...

 Banyak produk lulur di pasaran, 
tapi biasa la, kadang ada yang tidak kena dengan citarasa kita...

Macam itu juga nurul. Malas nak beli produk kat luar
sebab lulur ni kita boleh buat sendiri.

Bahan-bahannya senang dan 
memang ada di dalam rumah kita.
Tak perlu nak membazirkan duit untuk membeli lagi

Cuma memerlukan kerajinan kita sahaja untuk membuatnya...


Step-stepnya senang sahaja.

1- Ambil segengam beras, dan goreng
 tanpa minyak hingga kekuningan

 2- Hasilnya menjadi seperti ini...

3- kita kisar hingga halus.
Kalau kasar, risau pulak badan kita nanti calar-balar...
Dah tak lawa badan...

4- Untuk lulur ini, kita hanya perlukan beras dan madu sahaja...
Sangat mudah bukan??

 5- Kemudian, kita masukkan beras kedalam bekas yang lebih kecil.
Untuk memudahkan kita menggunakannnya.

 6- Masukkan madu mengikut selera masing-masing.
Janji beras dan madu sebati

 7- Gaul sampai sebati



8- Dah siap dah lulur beras ni...



Selamat mencuba ye...

No comments:

Post a Comment