January 19, 2013

~Ujian Allah buat kami~


Assalamualaikum....



Terima kasih buat doa dan wish kalian buat nurul...
Doakan nurul sentiasa diberi kesihatan yang baik selama tempoh 
mengandung ini....

Pagi Isnin yang lepas, kebetulan aya cuti dan nurul naik bas.

Oleh sebab bas rapid tak masuk dalam Taman Tas, jadi terpaksalah
berjalan dari kawasan perumahan nenek nurul
sampailah ke depan taman untuk menunggu 
Bas Rapid.

Agak lama menunggu, dan time tu nurul berdiri di bus stop.
Bila bas sampai, pagi tu memang ramai orang dalam bas,
dan nurul terpaksa berdiri.

Masa berdiri tu, nurul memang ada terasa pening.
Jadi nurul letakkan handbag nurul dibawah, dan nurul peluk tiang.

Tak tau maca mana, tapi bila nurul sedar, nurul dengar ada orang 
papah nurul sambil cakap budak ni pengsan...

Pakcik ni bagi seat dan tanya macam-macam.
Masa tu nurul still dizzy dan kata pakcik tu, nurul 
pengsan sekali lagi.

Bila tersedar, nurul dengar ada seorang kakak tu asyik bercakap je.
Nurul cuma tanya dekat mana dan cakap saya nak pergi kerja.

Pakcik dengan kakak tu cakap, better pegi hospital, 
boleh dapat MC.
Mungkin Allah takdirkan nurul bertemu dengan orang yang baik.
Kakak yang nurul cakap asyik bercakap tu, 
tawarkan diri tuk papah nurul, dan tolong daftarkan
nama nurul di wad kecemasan.
Siap bagi tau lagi kat mana nak jumpa Doctor,
Nak ambil ubat dan macam-macam lagi.
Kakaktu dah tak dapat teman nurul dah, dia kene pegi kedai.

Bila jumpa MA, MA cakap darah rendah sangat dan 
mintak nurul naik kerusi roda.
Bayangkan, tak pernah seumur hidup naik kerusi roda, dan disorong masuk ke Emergency Room...


Semuanya satu pengalaman buat nurul...

No comments:

Post a Comment