January 26, 2013

~Doorgift & Persiapan terakhir~


Assalamualaikum

Selamat petang, buat apa tu??

Sihat tak? Nurul doakan korang semua sihat-sihat hendaknya.

Petang ni nurul nak cerita tentang doorgift yang nurul bagi masa 
majlis perkahwinan nurul.


Stiker ni nurul order di stikerku.com
Harga murah service pun memang ok.
Nurul duduk di kuantan, jadi deal dengan diorang by email je..





Ini pulak yang nurul buat sendiri untuk diberi kepada tetamu
yang datang pada majlis kawin nurul...
Walaupun tak beberapa nak lawa, tapi 
nurul puas hati sebab dapat buat sendiri...



Yang ini special sikit. Kebetulan adik nurul melancong ke 
Korea bulan Ogos lepas, nurul pun order la magnet fridge ni...

Setiap kali adik-adik melancong atau kawan-kawan 
umi aya melancong, mereka akan bagi magnet fridge pada kami sebab ummi nurul memang minat mengumpul magnet fridge.



Towel ni lagi special sebab ummi yang sponser
nak bagi pada sedara mara kami, family husband dan juga
kawan-kawan umi aya yang datang membantu.






Pada malam sebelum majlis kami, adik-adik dan
cousin-cousin nurul dah keluarkan dan siap sedia nak bawa ke dewan.

Banyak juga barang-barang ni rupanya....

Macam tak percaya je nak kawin masa ni...

January 20, 2013

~Ujian Allah buat kami~ *Part Two


Di ward, Alhamdulillah bertemu dengan nurse
yang baik hati.
dia bagi pinjam telekung kepada nurul....


Masa tu, taktau lah apa perasaan nurul. Nak menangis pun ada.
Syukur sangat sebab Mertua dekat, Kakak ipar dan 
adik ipar pun duduk dekat.

Diorang lah yang cari nurul, sebab husbandkan duduk jauh...

Yang best mak mertua masakkan lunch untuk nurul.

Terima Kasih Mak...

Petang tu, makan malam rasa sedih pun ada...
Tak pernah makan makanan hospital....


Malam tu memang boring sangat-sangat. taktau nak buat apa.
Tertidur, then staff nurse kejutkan untuk check darah.


Last-last nurul buat keputusan untuk buat biz di wad. 
Balas pm dan bantu Biz Partner nurul...
Syukurkan bila buat biz secara online. 
Flexcible dan boleh buat dimana -mana sahaja.

Keesokkan harinya, baru lah nama dikepala katil diletakkan...


Nurul kalau boleh nak balik dah..
Takmau dah duduk hospital...

January 19, 2013

~Ujian Allah buat kami~


Assalamualaikum....



Terima kasih buat doa dan wish kalian buat nurul...
Doakan nurul sentiasa diberi kesihatan yang baik selama tempoh 
mengandung ini....

Pagi Isnin yang lepas, kebetulan aya cuti dan nurul naik bas.

Oleh sebab bas rapid tak masuk dalam Taman Tas, jadi terpaksalah
berjalan dari kawasan perumahan nenek nurul
sampailah ke depan taman untuk menunggu 
Bas Rapid.

Agak lama menunggu, dan time tu nurul berdiri di bus stop.
Bila bas sampai, pagi tu memang ramai orang dalam bas,
dan nurul terpaksa berdiri.

Masa berdiri tu, nurul memang ada terasa pening.
Jadi nurul letakkan handbag nurul dibawah, dan nurul peluk tiang.

Tak tau maca mana, tapi bila nurul sedar, nurul dengar ada orang 
papah nurul sambil cakap budak ni pengsan...

Pakcik ni bagi seat dan tanya macam-macam.
Masa tu nurul still dizzy dan kata pakcik tu, nurul 
pengsan sekali lagi.

Bila tersedar, nurul dengar ada seorang kakak tu asyik bercakap je.
Nurul cuma tanya dekat mana dan cakap saya nak pergi kerja.

Pakcik dengan kakak tu cakap, better pegi hospital, 
boleh dapat MC.
Mungkin Allah takdirkan nurul bertemu dengan orang yang baik.
Kakak yang nurul cakap asyik bercakap tu, 
tawarkan diri tuk papah nurul, dan tolong daftarkan
nama nurul di wad kecemasan.
Siap bagi tau lagi kat mana nak jumpa Doctor,
Nak ambil ubat dan macam-macam lagi.
Kakaktu dah tak dapat teman nurul dah, dia kene pegi kedai.

Bila jumpa MA, MA cakap darah rendah sangat dan 
mintak nurul naik kerusi roda.
Bayangkan, tak pernah seumur hidup naik kerusi roda, dan disorong masuk ke Emergency Room...


Semuanya satu pengalaman buat nurul...

January 12, 2013

~Bilik Pengantin & Hantaran~


Assalamualaikum...

Entry ni nurul nak cerita tentang persiapan Bilik Pengantin dan hantaran.
Percaya atau tidak, bilik pengantin dan hantaran disiapkan pada malam akad nikah kami. Betapa dedikasinya adik-adik, cousin dan Ummi serta Makcik buat kerja..



Kain langsir dan kain backdrop adalah pilihan Ummi nurul.
Percaya tak kalau nurul cakap, kain tu,
 ummi baru start jahit pagi tu?

Ummi nurul memang expert dalam bab jahit menjahit ni..

Thanks Atan, Abang Ngah, Ammar dan Syahmim & brothers, tanpa korang bilik kak long tak kan siap dengan cantik.






Alhamdulillah, siap juga hantaran nurul. Tapi sayangnya hantaran 
untuk majlis kawin ni bukan dari nurul sendiri.
Nurul sendiri tak tau kenapa langsung tiada idea berbanding 
semasa nak bertunang dulu...
Tapi syukurlah ada Mak Cik, adik-adik dan dua pupu nurul yang 
sudi membantu...


Alhamdulillah, settle juga bilik pengantinku...

Backdrop by Ummi
Langsir by Ummi
Sarung Bantal by Ummi
Cadar by Maktok

Lawa tak? Memang puas hati sangat-sangat....

January 6, 2013

GLOW East Coast by GLAM


Special Green Leaders Orientation Workshop 

for Shanghai FREE trip. What and how. 

Everything is guided.

We are recruiting people to be part of our beautiful journey.

 Lets start your journey with SHANGHAI FREE TRIP,

 all EXPENSES PAID!!



Pada hari sabtu yang lepas, bertempat di 


Walaupun kerja, semangat tidak luntur.
Terus bertolak ke Cherating selepas habis kerja..


Rehat sebentar sebelum tiba ke Cherating...


Alhamdulillah, already here....

Ready untuk mengutip segala ilmu.
yang paling penting, mahu belajar macam mana nak 
qualifykan diri untuk ke Shanghai...

FOC Trip dari company



DDM Naemah menyampaikan talk beliau

CDM Ida in action...
Berkongsi pengalaman, suka duka dan pelbagai rintangan 
yang telah dilalui untuk mencapai tahap seperti sekarang.

Apa yang penting, kita sentiasa berusaha dan
berikhtiar tanpa jemu untuk 
perbaiki kehidupan kita, samaada dari segi
kewangan mahupun peribadi.

CDM Nurul, datang dari KL hanya untuk berkongsi
ilmu dan menerangkan kepada kami
cara yang paling mudah untuk qualifykan diri dan juga biz partner
untuk ke Shanghai...

Alhamdulillah, bertemu dengan Biz yang bermentor.
Diajar segalanya, kita hanya perlu lakukan
apa yang telah diajar.


Sesi bergambar bersama CDM Nurul &
CDM Roslida




Sebelum pulang, kami sempat membuat kejutan
Pre Celebration sempena Kak Ida sudah menjadi 
1st CDM di East Coast.
Proud under you wing CDM




Teruja tak?

Sangat teruja dengan Green Leaders Group...