December 15, 2012

~Rezeki Allah Buat Kami~


Assalamualaikum..

Hari ini, cukuplah usia perkahwinan selama satu bulan @ 30hari...
Satu jangka masa yang masih singkat, inai dekat kuku pun, 
masih ada lagi....

Tapi kami berdua bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi...




Bila ingat balik memang kelakar, sebabnya, ni kali kedua
 nurul buat test.
Kali pertama dalam 3minggu kami kawin.
Tapi masa tu, naik satu line dan satu lagi blur-blur...

So dengan bijaksananya dan confident, nurul cakap dekat husband, buang je la..
Test negatif. Naik satu line je...

Tapi lepas tu, bila sembang-sembang dengan Officemate, 
kakak ipar, semua cakap kemungkinan sudah ada.
Lagi pun time tu, perut sentiasa rasa kejang, pening, mengantuk,
kerap buang air dan sakit-sakit dekat breast.

Atas nasihat kakak ipar, selepas sebulan, kami buat test balik
dan hasilnya, positif.
Then kami ke klinik panel office nurul untuk check.


Alhamdulillah, kami berdua bakal menjadi parents...

Doakan kami okey...
Moga nurul dipermudahkan dalam tempoh mengandung ni...

Amin...

December 8, 2012

~The Gift * part two*~



Dalam kekalutan nak keluar makan bersama family, 
aya bawa masuk satu kotak hadiah lagi.
katanya tertinggal dalam unser.

Ye la, majlis kawin ni, bukan pengantin je yang penat
keluarga dan sedara mara semua mengambil bahagian dan
membantu untuk menjayakan majlis kami...

Terima kasih buat Aya, Umi, Maktok, Pakcik & Makcik,
Paklong & Maklong, PakTam & Maktam,
 Makchaq Jama & Angah,
Adik-adik, cousin2, Abang Ngah, Ammar, Syamim, Semua la...

Terima Kasih banyak-banyak sebab banyak membantu dalam 
majlis perkahwinan kaklong..

Love You All











Terima Kasih semua yang bagi hadiah kepada kami...
Hanya Allah yang dapat membalas semuanya

December 1, 2012

~The Gift~

Assalamalaikum...
Sejak dah kawin ni, laptop pulak adik nurul amik untuk kegunaan dia dekat Politeknik, menjadikan susah sikit la nak 
sentiasa update blog...

hihihi...

Mintak maaf ye semua... 
Mungkin ada yang tertunggu-tunggu nak baca entry terbaru nurul.

Hari ni, tak banyak nurul nak ceritakan. entry ini adalah permintaan ummi nurul. Katanya, ramai kawan-kawan nurul, dan kawan-kawan ummi bangi hadiah sempena perkahwinan kami. Jadi ummi nak nurul buat satu entry khas...

Special thanks kepada kawan-kawan sekolah, Officemate,
sedara mara dan juga kawan-kawan ummi dan aya yang banyak membantu samaada tenaga dan juga wang ringgit.
















Terima kasih semua diatas pemberian dan doanya...
Doakan kebahgiaan kami hingga hujung nyawa...