January 18, 2012

Wordless Wednesday-Doa apabila Demam

Hari rasa kurang sihat, semalam lepas makan terus tido, selimut dengan toto lagi. Sekarang ni musim hujan je, panas pun sekejap je. Ada orang cakap kalau Allah bagi kesakitan ke, demam ke, tu adalah kafarah kepada dosa2 yang lalu. Doa dan mengharapkan agar Allah mengampunkan segala dosa2 yang lepas.
Nurul nak kongsikan doa apabila demam supaya kita semua beramal bersama-sama

بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّار

وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ


Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”


Keterangan & Petua Beramal
Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas  berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.
Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.
Petikan dari buku 101 doa daripada hadis2 sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
 

No comments:

Post a Comment