December 15, 2012

~Rezeki Allah Buat Kami~


Assalamualaikum..

Hari ini, cukuplah usia perkahwinan selama satu bulan @ 30hari...
Satu jangka masa yang masih singkat, inai dekat kuku pun, 
masih ada lagi....

Tapi kami berdua bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi...




Bila ingat balik memang kelakar, sebabnya, ni kali kedua
 nurul buat test.
Kali pertama dalam 3minggu kami kawin.
Tapi masa tu, naik satu line dan satu lagi blur-blur...

So dengan bijaksananya dan confident, nurul cakap dekat husband, buang je la..
Test negatif. Naik satu line je...

Tapi lepas tu, bila sembang-sembang dengan Officemate, 
kakak ipar, semua cakap kemungkinan sudah ada.
Lagi pun time tu, perut sentiasa rasa kejang, pening, mengantuk,
kerap buang air dan sakit-sakit dekat breast.

Atas nasihat kakak ipar, selepas sebulan, kami buat test balik
dan hasilnya, positif.
Then kami ke klinik panel office nurul untuk check.


Alhamdulillah, kami berdua bakal menjadi parents...

Doakan kami okey...
Moga nurul dipermudahkan dalam tempoh mengandung ni...

Amin...

December 8, 2012

~The Gift * part two*~



Dalam kekalutan nak keluar makan bersama family, 
aya bawa masuk satu kotak hadiah lagi.
katanya tertinggal dalam unser.

Ye la, majlis kawin ni, bukan pengantin je yang penat
keluarga dan sedara mara semua mengambil bahagian dan
membantu untuk menjayakan majlis kami...

Terima kasih buat Aya, Umi, Maktok, Pakcik & Makcik,
Paklong & Maklong, PakTam & Maktam,
 Makchaq Jama & Angah,
Adik-adik, cousin2, Abang Ngah, Ammar, Syamim, Semua la...

Terima Kasih banyak-banyak sebab banyak membantu dalam 
majlis perkahwinan kaklong..

Love You All











Terima Kasih semua yang bagi hadiah kepada kami...
Hanya Allah yang dapat membalas semuanya

December 1, 2012

~The Gift~

Assalamalaikum...
Sejak dah kawin ni, laptop pulak adik nurul amik untuk kegunaan dia dekat Politeknik, menjadikan susah sikit la nak 
sentiasa update blog...

hihihi...

Mintak maaf ye semua... 
Mungkin ada yang tertunggu-tunggu nak baca entry terbaru nurul.

Hari ni, tak banyak nurul nak ceritakan. entry ini adalah permintaan ummi nurul. Katanya, ramai kawan-kawan nurul, dan kawan-kawan ummi bangi hadiah sempena perkahwinan kami. Jadi ummi nak nurul buat satu entry khas...

Special thanks kepada kawan-kawan sekolah, Officemate,
sedara mara dan juga kawan-kawan ummi dan aya yang banyak membantu samaada tenaga dan juga wang ringgit.
















Terima kasih semua diatas pemberian dan doanya...
Doakan kebahgiaan kami hingga hujung nyawa...

November 18, 2012

~Our Big Day~


Assalamualaikum...

Malam ni baru nak kongsikan dengan korang 
gambar masa majlis perkahwinan kami...

wedding kami ni, nurul buat kecik2 je... 
Bak kata aya dan suami "Janji makanan sedap dan tetamu puas hati"

Tema mesti la PINK... hihihi... 
Nanti nurul buat entry tentang bilik pengantin k...

Layan pic ok..




Nurul nak kenalkan yang tudung coklat tu, adalah 
Cikgu Hayati. Cikgu Nurul di SRI ABIM Kuantan...
Cikgu Yati dan Cikgu Fizah ni la banyak bantu nurul dulu 
Pernah tido kat rumah diorang tau. masa tu aya outstation rasanya...

Yang sorang lagi tu, Ida Azahari. Dia adalah MUA nurul..
Nak guna khidmat die, pm nurul je.. 
Nurul akan bagitau nombor telepon die.


Yang ni pulak OP Nurul, merangkap dua pupu nurul..
Semua boleh bila sedara sendiri jadi OP..
Tukang touchup pun boleh...
satu lagi, ZT la yang duk tolong pakaikan contact lense kat nurul.
Aurat lagi lah terjaga...



Ni adalah kawan-kawan kami dari Sek Ihsan...
Ramai lagi yang tak dapat datang...
Terima Kasih buat yang sudi hadir


Bersama husband nurul ni, Saufi Amri...
Ni lah orang yang kenalkan kami...
First date kami pun, Saufi datang ambil nurul...

Thanks to him, my friends and ALLAH. 
Tanpa mereka dan juga kuasa Allah, kami tak mungkin akan bertemu...


Kami bersama (kiri) Umi, Mak, Maklong. (Tengah) Maktok (Belakang) Aya (Kiri) Paklong


Husband, Mak, Umi dan Nurul


Yang ni pulak, Tok nurul (duduk)
(tengah) Paktam & Maktam


lepas ni nurul sambung lagi ok...

Seriusly sekarang takleh duduk lama-lama..

Daaaa...

November 16, 2012

~we are officially married~


Assalamualaikum...

Sejak dah tukar status ni, lambat je nak update blog...
rasa macam dah bersawang je blog nurul ni kan...


Syukur Alhamdulillah, pada malam 14/11/12 yang lepas
dengan sekali lafaz, nurul dan hanif sah menjadi suami isteri...

Syukur Alhamdulillah, akhirnya percintaan kami hampir 3 tahun ni,
Allah panjangkan jodoh kami sampai ke jinjang pelamin... 

Layan gambar je boleh tak?




Saat saat sebelum di ijab kabul....
Nervous sangat2 waktu ni


Saat saat di ijab kabul..




Syukur sangat2 Akhirnya kami dah berada dalam satu ikatan yang sah
Moga Allah merahmati kami, rumah tangga yang baru kami bina ni...
Doakan kami ye....


nanti nurul sambung lagi untuk hari kenduri k...

daaa...

November 12, 2012

Seminar SM/SSM Cycle 3 : Green Leaders Group (GLAM)

Assalamualaikum..

Next week is my wedding day....
Tapi tak kesah la, sebab minggu ni nurul ada 
seminar yang sangat best, berinspirasi
dan bermotivasi....

Nak tahu apa die?
Seminar SM/SSM
Cycle 3

Green Leaders Group
Line of speaker:

CDM Adibah Karimah
CDM Al-Faath
CDM Sha Khalid
CDM Naa Kamaruddin
&
CDM Hanis Haizi
(5-6 Figures income earner)

Step by step is guided throughout this business. With the right group, so much we can achieve

Learn from the best to become one!





Full house! 300++ people with the same goal! 

To improve and change their life 360deg in and out. 
All begin here!
 Congrats to all for making the right choice! :) 




Ready before seminar. Semangat berkobar-kobar 
nak menuntut ilmu...
Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk biz partner juga...

Majlis berhenti rehat untuk makan pagi....


Lunch time.... nyummy




Sesi bergambar semasa tea break..

Bersama DSM Waty

DDM Naemah and i

 Bersama CDM Nurul dan CDM Roslida


Dalam kekalutan nak balik ke Kuantan, 
Sempat lagi bergambar dengan CDM Nurul


 CDM Mai and i

With Our Beloved Mentor CDM Hanis Haizi


Sesi bergambar kumpulan


Group DDM Naemah


Group CDM Roslida


PB Clique bersama CDM Maisarah


PB Clique bersama CDM Hanis, CDM Raz



All Green Leaders Group